Achik SPIN

Achik SPIN
Semoga Rohmu Dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan Dikalangan Insan Yang Beriman

Friday, October 15, 2010

Diselubung Rindu


Sejenak aku merenung kisah silam
Bila aku menanggung apa ada di dalam
Berakhir sudah epilog cinta kita
Permata hati membawa diri
Berat sungguh bagi diriku
Mana arah dan mana tuju
Segala gala tak menentu
Diselubung rindu

Walau pahit kutelan sahaja
Namun di dalam merasainya
Apa dibuat sepatah kena
Pastinya kecewa

** Chorus **
Aku terus melangkah pergi
Bertemankan sekeping hati

Dipenuhi ranjau berduri
Sakit pedihnya tak terperi

Di satu sudut ku terdampar
Gelora sudah ku sedar
Semua kerana peristiwa itu

Termanggungku di perantauan
Tersesat ku di persimpangan
Yang nyata kita berjauhan
Buat selama lamanya
Putus kasih putus segala
Sering kali kau ungkapkan
Kuturuti apa yang engkau hajati
Biar aku menanggungnya sendiri

No comments:

Post a Comment

Kamu Sentiasa Dalam Ingatan