Achik SPIN

Achik SPIN
Semoga Rohmu Dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan Dikalangan Insan Yang Beriman

Wednesday, October 20, 2010

Achik Spin- Engkau Yang Ku Cinta


Sering kau tanyakan
Cintaku dimana
Sering kau menuntut
Ucapan asmara

Tak mungkin berdusta
Perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati

Yang sebenarnya
Engkau aku cinta
Permata dalam rindu
Ku hadiah untuk mu

Saling memerlukan
Bila Berjauhan
Harap kau mengerti
Perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cinta
Itulah yang sebenar-benarnya

Yang sebenarnya
Engkau aku cinta
Permata dalam rindu
Ku hadiah untukmu

Saling memerlukan
Bila berjauhan
Harap kau mengerti
Perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cintai
Itulah yang sebenar-benarnya

Usah kau tanyakan
Cintaku dimana
Cukup kau menuntut
Ucapan asmara

Tak mungkin berdusta
Perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati
Kecilku

Spin- Sampai Bila


Entah Oh Mengapakah
Hatiku Tersentuh Rindu
Kehadiranmu Memberi
Semangat Yang Baru

Tanpa Aku Sedari
Cinta Berbunga Kembali
Sejak Kau Curahkan
Kasih Dan Sayangmu

Kau Menyambut Cintaku Dengan Mesranya
Ku Terharu Bila Kau Kata Aku Milikmu
Sesungguhnya Aku Pun Ikhlas
Menerimamu Sebagai Teman dan Kekasih

Sampai Bila
Sampai Bila

Engkau Akan Setia Padaku
Oh Dapatkah ku Percaya
Setiap Kata- Katamu Itu
Biarku Terluka
Aku Rela Hadapi

Spin- Puas Ku Mencuba


Puas sudah ku mencuba
Menyakinkan dirimu kasih
Dan ku cuba meleraikan
Kekusutan tersimpul
Namun apa daya

Puas sudah ku mencuba
Turuti rentak dirimu sayang
Agar tiada tercetus sengketa
Di antara kita untuk selamanya

Engkau sering menduga hati ini
Menggugat kesabaranku
Namun tak pernah aku tunjukkan
Keresahan diwajahku

Sampai disini saja sayang
Mampu ku pertahankannya
Kerna aku jua insan
Yang perlukan perhatian

Jangan kau sesali lagi
Atau menyalahkan takdir
Lihat pada diri
Di manakah kesilapanmu kasih
Menilai ketulusan

Spin- Buah Hati Diambil Orang


Pertemuan dan perpisahan
Adat manusia sementara
Namun jika hendak ku kenang
Terasa ku membuang masa

Kisah lepas jangan dikenang
Tapi kisahku tetap ku kenang
Buah hatiku diambil orang
Apalagi nak kukatakan

Tergamam aku seketika

Mungkin kesilapanku juga
Lewat untuk menyatakan cinta

Kalau aku tahu
Kuteruskan hasratku meluahkannya
Tapi aku takut
Nanti rasa cintaku tak kesampaian

Kulewat terus tak dapat

Ku terlewat

Spin- Malam Semakin Dingin


 Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti

Bukanlah ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari

Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan

Kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati
Aku juga kedinginan kerana sikapmu itu
Walaupun setebal mana selimut membaluti
Aku masih kedinginan sepi tanpa berteman

Kedinginanmu kerana malam
Yang masih lagi panjang
Kedinginanku jauh bandingan
Dengan dirimu

Usah biar malam tak berteman
Usah biar siang kekosongan
Sudilah kau memahami
Ketulusan hati ini


Andainya aku merajuk bawa hati
Dan kau pun membawa diri
Siapa harus disalahkan
Pasti kita berdua

Spin- Resah Kerinduan


Malam ini aku sendiri
Menanti segunung harapan
Biarpun hanya berteman
Bulan disebalik awan

Aku tetapkan setia
Bersama janji yang dibina
Mengapa engkau berubah
Kala cinta di penghujungnya

Mengharapkan sinar yang terang
Menyinari kerinduan
Agar terubat keresahan
Tapi duka yang kau kirimkan

**Chorus**
Biar aku biar diam membisu saja
Biar rindu biar diam begini lama
Akan kuleraikan segala kekusutan
Penantian
Satu Penyiksaan

Malam ini aku sendiri
Menanti segunung harapan
Biarpun hanya berteman
Bulan di sebalik awan

Aku tetapkan setia
Bersama janji yang dibina
Mengapa engkau berubah
Kala cinta di penghujungnya

Tuesday, October 19, 2010

Celebrity Karaoke ( Achik Spin, Nana, Afzal & Nadirah )

He Was Smiling And Laughing But Wasnt Singing Like Usual
I Guesses He Was Too Nervous
Worried If He Mispronounce
But That Doesnt Stopped Him From Looking Gorgeous
Ull Always Be Remembered
Abg Abdillah Murad






Spin- Seorang Kawan ( Unreleased Track )


Kau bilau tersedu
Aku kan menyapunya

Kau cemas tersisih
Aku tetap bersama

Bagai titian di air deras
Ku relakan diri
Ku kawan sejati

Kau muram dikejam
Ku ambil sebahagiaan

Kau sakit yang hilang
Ku akan menghiburkan

Bagai titian di air deras
Ku relakan diri
Ku kawan sejati

Jalanlah kesuma
Mimpi bakal nyata
Jika inginkan temanku
Dibelakangmu

Oh kawan
Kawan
Kawan

Jalanlah kesuma
Mimpi bakal nyata
Jika inginkan temanku
Dibelakangmu

Kau muram dikejam
Ku ambil sebahagiaan

Kau sakit yang hilang
Ku akan menghiburkan

Bagai titian di air deras
Ku relakan diri
Ku kawan sejati

Kau bilau tersedu
Aku kan meyapunya

Kau cemas tersisih
Aku tetap bersama

Oh kawan
Oh kawan

Spin- Sejuta Maaf ( Unreleased Track )


Entah mengapa
Rasa sayang pada mu
Dengan kejujuranmu
Membuatku merindu
Oh kekasih

Tiada sepatutnya
Ku nyatakan
Untuk mencurahkan perasaan
Walau aku telah punya teman
Yang setia

Waktu sunyi ku
Membicara
Membuai daku yang terlena
Hingga tak dapat ku monolak
Kehendaknya

**Chorus**
Sejuta maaf oh kekasih
Sekiranya kau
Menanggung segalanya

Daku hanya insan lemah
Yang hanya berserah resah
Dan rasa gelisah

Kali ini ku melaluinya
Walau pun payah untuk mengerti
Atau mungkin menyinta keduanya
Jika terpaksa

Perasaan yang membelenggu
Membuatku seakan membisu
Gelisahku membilang waktu
Sepi tanpa mu

Entah mengapa rasa sayang padamu
Dengan kejujuranmu
Membuatku merindu
Oh kekasih

Spin- Satukan Rindu ( Unreleased Track )


Sekian lama kau berjanji
Kan setia kepadaku
Hanya lah aku segalanya
Tiada dua

Kau yakin kan diriku ini
Kau luahkan rasa hatimu
Pada diriku kau bermanja
Bersatulah rindu

**Chorus**
Sungguh indah bahasa jemaan bait rasa
Di susun atur megah
Kilau bercahaya
Leraikan rasa gundah
Usah simpulkan tawa
Pancarkan senyum mesra
Selama lamanya

Kasih biar tercapai itu
Dalam perasaan
Jauh tinggalkan geliasah mu
Bersama memohon
Direstu
Lautan madu

Monday, October 18, 2010

Spin- Rela ( Unreleased Track )


Engkau ku lihat banyak
Benar berubah
Sejak akhir-akhir ini
Toleh pun tak sudi

Sedangkan sebelum ini
Tak pernah kau begini
Betapa aku
Amat kecil hati

Mungkin aku gagal penuhi
Apa yg kau mahu
Kerana itulah kau muram
Tak berkata

Tak pernah ku hampakan
Permintaan mu sebelum ini
Cuma kini aku
Tak dapat memberi

**Chorus**
Sedarlah aku kini
Kau pandang kebendaan
Ketika ku diatas tak jemu kau mengipas
Tapi kini aku tiada
Apa lagi orang lain
Mengisi tempat ku

Rela aku kau pergi
Rela tiada kekasih
Aku tidak akan merintih
Kalau punya kekasih hanya tahu
Menghiris

Engkau ku lihat banyak
Benar berubah
Sejak akhir-akhir ini
Toleh pun tak sudi

Tak pernah ku hampakan
Permintaan mu sebelum ini
Cuma kini aku
Tak dapat memberi


Saturday, October 16, 2010

Spin- Dalam Ingatan ( Unreleased Track )


Tak pernah ku duga
Jatuh cinta dgn mu
Walauku cuba melawannya
Tapi aku tak berdaya
Semuanya sudah suratan

Kau melanyaniku
Dengan kasih dan sayang
Terasa indahnya hidupku
Sehingga aku keasyikan
Dibuai rindu-rinduan

**Chorus**
Walaupun hebat cinta kita
Tapi penuh ranjau berduri

 
Dengan tidak aku menyangka
Andainya aku kau lepaskan
Tidak semua percintaan
Kan berakhir dengan bahagia

 
Kelukaan pasti datang
Disetiap percintaan
Biarpun hancur hatiku

 
Kau tetap aku rindui
Kerana kau masihku sayang
Sayangnya ku kepadamu

 
Setelah kau pergi
Aku masih begini
Melawan arus kerinduan
Lalu menitis air mata
Dan kau masih di dalam ingatan

 
 

Friday, October 15, 2010

Diselubung Rindu


Sejenak aku merenung kisah silam
Bila aku menanggung apa ada di dalam
Berakhir sudah epilog cinta kita
Permata hati membawa diri
Berat sungguh bagi diriku
Mana arah dan mana tuju
Segala gala tak menentu
Diselubung rindu

Walau pahit kutelan sahaja
Namun di dalam merasainya
Apa dibuat sepatah kena
Pastinya kecewa

** Chorus **
Aku terus melangkah pergi
Bertemankan sekeping hati

Dipenuhi ranjau berduri
Sakit pedihnya tak terperi

Di satu sudut ku terdampar
Gelora sudah ku sedar
Semua kerana peristiwa itu

Termanggungku di perantauan
Tersesat ku di persimpangan
Yang nyata kita berjauhan
Buat selama lamanya
Putus kasih putus segala
Sering kali kau ungkapkan
Kuturuti apa yang engkau hajati
Biar aku menanggungnya sendiri

Monday, October 11, 2010

Jenazah Achik Spin Selamat Dikebumikan


SEREMBAN: Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira jam 1 tengah hari ini.
Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mentuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira jam 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.

Isteri Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, H.M Rose Zaitul Suraini bersama anaknya Puteri Saffiya, 2, menabur bunga di pusara di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.

Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari. Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mentua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.
Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, Siti Nordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.


Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu ‘Janji Kita’ terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar dan meletup di KM14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira jam 6.15 petang semalam.
Isteri Allahyarham, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana.

“Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang menyatakan suami saya meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih yang sungguh mengejutkan,” katanya.

Ibu Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari, Badriah Awalludin (tiga kanan) dan isterinya H.M Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, pada 18 April 2010.

Katanya minggu lalu beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknya selepas seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasuk mengecatnya.
Katanya, ini akan memudahkan ibu mentuanya untuk ‘melihat’ isteri dan anaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan,” katanya.


Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya.

“Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada 10 adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) meninggal dua tahun lalu,” katanya. Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.

Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.

Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petang semalam sebab keretanya jauh sedikit…..tahu-tahu jam 6 petang dia sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah,” katanya.

Hattan berkata, ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan aktif.
“Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini,” katanya.

Anak perempuan Allahyarham Achik Spin, Puteri Saffiya, 2, dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar oleh neneknya Hamidah Alias, sebaik jenazah ayahnya dimasukkan ke dalam van jenazah sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban.

Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.


“Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun,” katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.

Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.
“Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas,” katanya.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Kamu Sentiasa Dalam Ingatan